Advertise Here

Ilham Mahabbah

- Another Blogger Blog's

Salam w.b.t

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana nukilan saat ini adalah tugasan terakhir kelas SBLM1023. Jutaan terima kasih khas buat En Nasrol selaku pensyarah yang sentiasa tampil di kelas dengan semangat seorang pendidik yang mencurahkan ilmu dengan penuh semangat kepada kami.

En Nasrol : saya mohon maaf sekiranya sepanjang kelas ini saya ada melakukan kesilapan dan terima kasih sekali lagi atas segala ilmu yang di curahkan.

Kelas SBLM1023 merupakan kelas yang agak Happening kerana setiap hari kami sentiasa riuh dengan latihan - latihan yang diberikan walaupun hanya 24 orang sahaja pelajar kelas ini.Apa - apa pun Bahasa Melayu Bahasa yang indah....seronok belajar ilmu bahasa Ibunda kalau kita ikhlas untuk menuntut ilmu.

Saya mengharapkan yang terbaik untuk subjek ini kerana sem ni adalah sem terakhir saya dan harapan saya tinggi untuk score paper ini.

Saya mencadangkan kepada sesiapa yang nak ambil subjek ini silalah ambil kelas En Nasrol kerana anda pasti seronok.

26 April nanti merupakan exam paper ini...

SEMOGA SAHABAT2 DAPAT JAWAB DENGAN BAIK DAN SEMOGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG ^^


Sepi ku sendiri di ruang kosong
Melihat dunia tersenyum bebas
Merasa kepuasan titisan mu

Sayu jiwa menghentam kalbu
Percikan mu berirama
Seolah meraih jatuh mu disini

Pesona riang rintikan mu
Menambat hati si kecil girang
Membasahkan jasad menepis aliran mu

Saat terus berdetik
Engkau terus berlari di pelosok sudut yang kontang
Tafsiran titisan mu sejuta makna
Yang budiman engkau adalah rahmat
Yang dungu engkau adalah bencana

Cuma satu ingin ku bisikkan
Titisan keramat mu adalah Rahmat
Yang ku nanti setiap waktu

Bahasa Figuratif Dalam Penulisan Kreatif

Bahasa figuratif ialah bahasa yang digunakan sebagai hiasan penyataan pemikiran dan perasaan penulis dalam sesebuah penulisan kreatif.

1.     Personafikasi
-       Perorangan, iaitu memberi sifat manusia kepada benda atau idea yang tidak hidup.
-       Contoh :
Sepi ku sendiri di ruang kosong
Melihat dunia tersenyum bebas

2.     Hiperbola
-       Kiasan yang melampau  atau berlebih – lebihan dan tidak masuk akal.
-       Tujuannya untuk memperlihatkan keagungan atau kehandalan seseorang atau memperlihatkan kehebatan sesuatu peristiwa atau suasana.
-       Contoh :
Merasa kepuasan titisan mu
Sayu jiwa menghentam kalbu

3.     Unsur perulangan (Anafora)
-       Gaya bahasa perulangan kata pertama pada setiap baris.
-       Contoh :
Yang budiman engkau adalah rahmat
Yang dungu engkau adalah bencana

4.     Perlambangan
-       Kata – kata atau frasa yang digunakan berupaya menyatakan sesuatu di luar erti kata – kata atau frasa itu sendiri.
-       Contoh :
Engkau terus berlari di pelosok sudut yang kontang
Tafsiran titisan mu sejuta makna

5.     Metafora
-       Perbandingan yang dibuat antara dua perkara atau objek yang secara lahirnya berbeza.
-       Perbandingan tidak menyertakan kata bandingan .
-       Perbandingan ini dilakukan secara implisit ( tidak ketara)
-       Biasanya terdiri daripada dua perkataan, satu konkrit dan satu abstrak.
-       Contoh :
Sepi ku sendiri di ruang kosong
Melihat dunia tersenyum bebas
Comments: (0)
Soalan 1. Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?

Bahasa merupakan elemen utama dalam penulisan dan sebagai seorang penulis, mereka hendaklah memahami peraturan berbahasa sebelum menulis apa jua jenis penulisan. Peraturan berbahasa amat penting kerana dengan adanya peraturan berbahasa penyampaian penulisan kita akan lebih berkesana dan penulis mampu memberikan contoh terbaik dalam penggunaan peraturan berbahasa yang betul. Selain itu, peraturan berbahasa juga penting dalam penterjemahan kerana ianya memudahkan proses penterjemahan bahan bacaan dari negara kita ke negara lain terutamanya bahasa inggeris. Sebagai contoh pelancong asing akan lebih mudah menterjemahkan bahan bacaan atau penulisan menggunakan kamus dwibahasa sekiranya bahan bacaan yang digunakan mematuhi peraturan berbahasa kerana penggunaan penulisan yang digunakan mematuhi konsep berbahasa. Sekiranya penulis tidak mematuhi peraturan berbahasa iaitu menggunakan bahasa rojak di dalam penulisan maka adalah sukar untuk pelancong menterjemahkan bahasa berkenaan kerana hanya bahasa baku digunakan di dalam sistem kamus. Selain itu juga bahasa merupakan lambang identiti sesebuah bangsa dan negara itu sendiri.


Soalan 2. Perlukah kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Bagi pendapat saya kesemua genre penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa kerana hampir 80 peratus penyampaian maklumat ataupun ilmu adalah melalui penulisan, selain itu disiplin dalam peraturan berbahasa dapat didedahkan dalam kalangan belia serta remaja pada masa kini sebagai contoh remaja dan kanak - kanak lebih tertarik terhadap penulisan jenis komik ataupun humor oleh itu mesej mengenai peraturan berbahasa dapat ditingkatkan serta diperkenalkan kepada belia ataupun remaja.


Kesalahan mengeja


Penggunaan Bahasa Rojak

Soalan 3. Apakah bahan - bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?


 Tidak, hal ini kerana hampir 50 peratus bahan - bahan penulisan seperti komik, cerpen ataupun majalah ada yang masih menggunakan bahasa rojak, bahasa ringkas serta penggunaan dialek bahasa negeri masing - masing.

SEKIAN ^__^