Advertise Here

Ilham Mahabbah

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)
Soalan 1. Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?

Bahasa merupakan elemen utama dalam penulisan dan sebagai seorang penulis, mereka hendaklah memahami peraturan berbahasa sebelum menulis apa jua jenis penulisan. Peraturan berbahasa amat penting kerana dengan adanya peraturan berbahasa penyampaian penulisan kita akan lebih berkesana dan penulis mampu memberikan contoh terbaik dalam penggunaan peraturan berbahasa yang betul. Selain itu, peraturan berbahasa juga penting dalam penterjemahan kerana ianya memudahkan proses penterjemahan bahan bacaan dari negara kita ke negara lain terutamanya bahasa inggeris. Sebagai contoh pelancong asing akan lebih mudah menterjemahkan bahan bacaan atau penulisan menggunakan kamus dwibahasa sekiranya bahan bacaan yang digunakan mematuhi peraturan berbahasa kerana penggunaan penulisan yang digunakan mematuhi konsep berbahasa. Sekiranya penulis tidak mematuhi peraturan berbahasa iaitu menggunakan bahasa rojak di dalam penulisan maka adalah sukar untuk pelancong menterjemahkan bahasa berkenaan kerana hanya bahasa baku digunakan di dalam sistem kamus. Selain itu juga bahasa merupakan lambang identiti sesebuah bangsa dan negara itu sendiri.


Soalan 2. Perlukah kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Bagi pendapat saya kesemua genre penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa kerana hampir 80 peratus penyampaian maklumat ataupun ilmu adalah melalui penulisan, selain itu disiplin dalam peraturan berbahasa dapat didedahkan dalam kalangan belia serta remaja pada masa kini sebagai contoh remaja dan kanak - kanak lebih tertarik terhadap penulisan jenis komik ataupun humor oleh itu mesej mengenai peraturan berbahasa dapat ditingkatkan serta diperkenalkan kepada belia ataupun remaja.


Kesalahan mengeja


Penggunaan Bahasa Rojak

Soalan 3. Apakah bahan - bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?


 Tidak, hal ini kerana hampir 50 peratus bahan - bahan penulisan seperti komik, cerpen ataupun majalah ada yang masih menggunakan bahasa rojak, bahasa ringkas serta penggunaan dialek bahasa negeri masing - masing.

SEKIAN ^__^